Quantcast
Channel: hoki – LIGAKAMPUNG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 53

Minarwan dilantik pengurus skuad hoki negara

$
0
0

Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi telah dilantik sebagai pengurus pasukan hoki lelaki negara. Pelantikan ini berkuat kuasa serta merta bagi membantu jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan kamal, pelantikan itu berkuat kuasa selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif KHM di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tafdi.

“Kami sebulat suara bersetuju melantik Mirnawan sebagai pengurus skuad senior lelaki kebangsaan. Sudah tiba masanya kita kembali ke era dahulu apabila ikon hoki diberikan tanggungjawab mengemudikan pasukan kebangsaan.

“Sebelum ini, kita lantik jurulatih sebagai pengurus pasukan tapi kita merasakan sistem tersebut tidak memberi kesan positif kerana peranan jurulatih dan pengurus berbeza. Pengurus lebih kepada motivasi, jurulatih lebih kepada taktikal,” katanya kepada media, hari ini.

Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai bekas pemain kebangsaan bagi jawatan pengurus pasukan hoki wanita serta pengurus pasukan hoki remaja.

Mengenai pelantikan pengarah teknikal Projek Khas Sukan Asia 2026, Subahan berkata tiada kata putus dimuktamadkan setakat ini.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat pertimbangan sebelum mengumumkan pelantikan jawatan baharu itu.

“Kita berharap jawatan tersebut dapat diisi sebelum Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) bermula pada 1 Okt depan,” katanya.

Jawatan berkenaan diwujudkan buat pertama kali untuk memastikan skuad hoki lelaki dan wanita negara meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.

— BERNAMA

Tahniah kepada Datuk Mirnawan. Semoga dapat menggalas tugas dengan sebaik mungkin dan mampu membawa skuad hoki negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 53

Latest Images

Trending Articles